Tuesday, December 29, 2009

Kawen Iwan-Nazeeha

Assalamualaikum...

Sebelum sibuk dgn majlis tunang kak ipa, Mac 2009 lepas kami sibuk pulak dgn majlis perkahwinan abgnya kepada ipa...Wah2 kakyah...Sibuk betul tahun 2009 kan...Tahun 2010 pulak dah tentunya kalut dgn wedding kak ipa...tiap2 tahun kak yah dpt menantu...hehehhee...

Di sini saja je nak refresh gubahan hantaran yg dibuat oleh kami...cikde dan ayahde...hantaran yg bertemakan "Golden Butterfly"...Mudah2han dpt la kita berkongsi idea...



Yang nih 'Sirih Junjung' yang telah dimodenkan rupanya...Kat sini ada juga diletakkan gula, garam dan juga asam...ini pun atas nasihat org2 lama...maybe sebagai simbolik kepada alam perkahwinan...Yelah, ibarat asam garam kehidupan...



Yang nih gubahan buah dan coklat disatukan...Buah guna buah 'Plum' merah yg di polish sikit dgn minyak masak (jgn banyak, sekadar utk mengilatkan sahaja)...Coklat 'Ferrero Roche' yang sememangnya kena dgn tema gold...



Yang nih set wangian dan juga senaskah Al-Quran...



Yang nih baju, kasut dan juga handbag...Bahagian ni yang paling mencabar...Mana taknya, handbagnya sgt besar, yelah, senang nak letak telekung...Nasib jumpa butterfly besar...at least tak nampak kosong sangat...

No comments:

Post a Comment