Thursday, December 31, 2009

Bila anak2 sakit...

Kesian kat aiman...dia asyik buang air...kerap sangat...sampai kat celah2 peha dan punggungnya melecet....Apalagi, meraung la dia bila tiap kali kena air...Rasanya susu yg aku bagi pada dia tak brapa sesuai...Ni la masalah bila anak minum susu formula...itu tak kena...ini tak kena...sbelum ni dia asyik kembung dan badan naik ruam bila minum susu sbelum ni...Bila tukar brand lak, kembung dan ruam hilang...tp timbul plak masalah baru...cirit2 pulak...tak tertahan bila dgr tangisan anak2 yg menahan kesakitan...


Teringat pulak kisah haikal dulu2...asyik keluar masuk hospital...menangis meraung menahan sakit tusukan jarum di tgn dan kaki...Aku yg kena pegang dia sbb hubby aku tak boleh tahan bila tgk haikal sakit...Aku ni pulak, konon2nya mcm tough...mcm tak kisah dgn apa yg nurse buat kat anak aku...Tp di dalam hati ni, tersayat, mcm dihiris2 hati ni...pedih...sedih...bila anak yg kita syg, yg masih baby, bergelut di dlm pelukan aku sendiri...itu baru kena cucuk...belum lagi masa haikal menahan sakit akibat fit (mcm sawan disebabkan dmm panas)...


Ada sekali masa haikal fit yg paling teruk...Masa tu dlm keta...on the way balik kg kat felda seberang tayor, kemaman..Masa pertengahan jln haikal kena...Biru bdn dia...air mata haikal meleleh2...Mulut haikal berbuih...Mata hitam mmg dah tak nampak...Haikal berada dlm pelukan aku...Habis basah kuyup haikal, aku dan seat kereta...Aku simbah segala air yg ada kt dlm botol dlm kereta sbb nak turunkan suhu badan dia...hubby aku tgh drive buntu...tak tahu nak ke mana...nak patah balik ke bandar akan ambik masa 20 minit...jd teruskan jugak perjalanan ke kg yg tinggal lagi 5 minit...Masa tuh bulan puasa...masa sampai kat umah tu,azan tgh berkumandang...Mmg nak berbuka jauh sekali...walau menjamah sebiji kurma pun kami tak boleh nak telan...


Masa tu kebetulan kakak ipar aku yg kerjanya nurse ada, dia call pusat kesihatan...kami bergegas pergi...fit haikal masa ni dah lebih 15 minit...masa tu aku risau sgt...yelah...byk risk kalau lebih dari 15 minit...sbelum ni aku sentiasa pantau keadaan haikal...aku mmg akan pastikan serangan fit tak lebih dari 5 ke 10 minit...aku dah mcm nurse...tp kali ni aku
tak sure dgn keadaan haikal...masa nih mmg serah bulat2 pada Allah...Tawakal je yg mampu...Aku gelabah, tp taklehnak tunjuk sgt, sbb hubby aku takleh tgk aku gelabah...Aku kena mengawal keadaan...Hubby aku seorang yg cepat panik..Haikal masa dlm ambulance cuma kaku...mata tak berkedip...nafas tak teratur...sedih sgt tgk keadaan dia...sayu hati ni...Taknak aku ulang lagi keadaan mcm ni...Mmg tak nak...


Hampir 2 tahun hidup kami tak tenang...kena sentiasa beringat walaupun masa tido...Haikal tak boleh demam...fitnya akan menyerang kalau dia demam...suhu badan dia jenis naik mendadak...Puas kami berubat...Jumpa pakar pun dah...doc cuma ckp. serangan fit tu akan berhenti sendiri nanti...paling lama pun bila umur anak tu 5 tahun...Tp alhamdulillah...Bila umur haikal mencecah 2 tahun stengah, semuanya berubah...Serangan fit tu tak brulang lagi...mmg ada amalan yg kami amalkan...selama hampir 2 tahun tu lah susu haikal pada waktu awal pagi dan masa nak tido, aku akan campurkan dgn madu khaula...tiap2 hari jus kurma aku bagi haikal minum...itu mmg 2 amalan yg tak pernah aku tinggal unless terlupa...ternyata berkesan...Mmg tuhan dah letakkan kelebihan dan keistimewaan madu dan kurma...Tp yg pasti dan yang aku kena pegang, bukan kerana madu atau kurma yg menyembuhkan haikal...tp hanya Allah yg telah menyembuhkan haikal...hanya Allah yg telah meringankan beban kami suami isteri...

Sejak itu, aku dan hubby mmg tak boleh tahan bila tgk anak2 sakit di depan mata walaupun hanya anak kembung perut waktu malam...aku dgn hubby mesti berjaga bergilir2 anak2 aku kalau ada yg sakit...dan kami paling fobia kalau haikal atau aiman demam...mmg boleh dikatakan aku akan berjaga sampai 5 pg...dan hubby akan sambung selepas itu..kami bergilir2...mmg salah sorang drpd kami tak akan melelapkan mata walau sedikit pun....Kami taknak peristiwa yg
haikal alami berulang pada aiman skali lagi...cukuplah hanya haikal yg rasa...cukuplah...


Tak ada apa yg lebih membebankan hati seseorang ibu dan ayah bila melihat anak kesayangan mereka menahan perit dan siksa...sesungguhnya kasih ibu dan ayah itu tidak terjangkau...Seluas air di lautan pun tak dapat di hitung jumlahnya...Mama dan abah syg haikal...syg aiman...

Wednesday, December 30, 2009

Mutiara Kata - Berdoa


Berdoalah kepada ALLAH sentiasa walaupun diri penuh dengan noda dan dosa...

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih...Maha Penyayang...Lagi Maha Pengampun...


_________________________________________________________

Sesungguhnya...kita sebagai manusia selalu alpa...selalu lupa dgn kehebatan dan keagungan Allah s.w.t...Kita selalu terpedaya dgn mainan dan bisikan syaitan...Selalu manusia yg bergelumang dlm noda dan dosa merasa malu untuk berdoa kepada Allah...Merasa malu untuk bersujud kepadaNya...Mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk berdoa mahupun mendekatkan diri kepada Allah yg Maha Esa...Hakikat yg sebenarnya, mereka terpedaya dgn segala tipu daya yg telah dimainkan oleh syaitan...Kembalilah kepadaNya...Sesungguhnya Allah itu sentiasa menerima taubat dan keampunan yg dipohon oleh hamba-hambanya...

Haikal dan Tabika...

Hari ahad ni 3 Jan 2010...Haikal akan memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan seorang kanak2...Siapa yg excited? For sure mama dan abahnya...Maklumlah 1st experience anak sulung nak pegi sekolah...Haikal? Rasanya excited jugak kot, sbb hari2 tanya "Bila nak pegi sekolah? Berapa hari lagi nak pegi sekolah?"
Mula2 aku dan hubby mmg pening kepala...Nak hantar kat mana? Macam2 kawan2 suggest...Hantar kat chinese kindergarden la, hantar kat pasti la...hantar kat an-najmi la...Mcm2 la...Most of the suggestion anta kat swasta...Terfikir jugak...Kenapa Tabika Kemas ni mcm dipinggirkan je? Adakah kerana status pekerjaan mak dan ayah budak tu sendiri atau kualiti yg di utamakan?

Aku dan hubby pon sibuk la bertanya itu dan ini pada kawan2 yg mmg dah berpengalaman dlm bab2 menyekolahkan anak2 ni...Ada yg kata chinese kindergarden ni bagus sbb sejak dr awal lagi dah didedahkan dgn disiplin,math,keje rumah dan berbagai2 lagi...Mcm Pasti for for sure la lebih ke arah keagamaan sikit...An-najmi pulak antara tabika yg agak mahal di area sura, dungun ni...

Di sebabkan terlalu byk suggestion, hubby aku sampai ckp "tak yah hantar lagi la haikal tu...lagipun dia baru 5 tahun..." Aku pulak mmg tak setuju...Bagi aku umur 5 tahun mmg perfect age untuk anak2 biasakan diri dgn rutin persekolahan...kalau bila 6 tahun baru nak antar, risau nanti dia agak ketinggalan bila compare dgn kawan2 yg sebaya dgn dia...Lagipun haikal ni kategori budak yg agak aktif...Dia mmg tak boleh dok diam...Nak kena bagi dia aktiviti yg boleh menarik perhatian dia...Dia tak suka kalau asyik ulang benda yg sama hari2...at least kalau pegi tabika, dia boleh membuka minda dan mematangkan pemikiran dia...
Last2, aku dan hubby tergerak hati nak singgah kat satu tabika kemas masa nak pegi keje hari tuh...ntahla kenapa...mungkin persekitaran tabika tu yg bersih dan selamat membuatkan kami tergerak hati utk singgah...Mula2 mmg dlm hati ni ada rasa mcm tak confident dgn tabika milik kerajaan (maybe terpengaruh kot)...tp bila dah mula bersembang dgn cikgu2 nya, dan masuk sendiri utk meninjau keadaan dalam tabika tu, hati jadi semakin yakin dgn tabika kemas...
Bila dah ada kat dlm tuh, segala2nya kami tanya...sejam lebih kami kat situ...bukannya cerewet, cuma perasaan ingin tahu yg membuat kami dah jadi mcm penyiasat persendirian...hahahaha...

Menarik...memang menarik...kebetulan tabika yg kami singgah tu adalah sebuah tabika kemas contoh...yg selalu menang byk pertandingan di peringkat daerah dan negeri...program pembelajaran pun sgt menarik...masuk pukul 8 pg, habis pukul 12.30 tgh hari...Yg paling best...Ada program pintar Al-Quran dan juga program komputer di situ...penekanan turut diberi dalam pembelajaran bahasa inggeris...dan jaminan juga diberi...progress anak2 di tabika itu dipantau ketat... yg paling kami terkejut, yuran pendaftarannya cuma RM10...Biar betul...Pendaftaran taska lain ada yg RM75, RM97, RM154 dan ada yg mencecah RM400...sedangkan program yg ditawarkan hampir sama...

Kami pun rasanya dah berkenan sgt dgn tabika ni...why not, just give a try...nak jugak tgk perkembangan haikal nanti di tabika kemas...Kalau progressnya baik, boleh teruskan je...Harapnya baik tak kisah walau ke mana kita hantar anak tu...

Kadang2 maybe kita terlalu terpengaruh dgn budaya dan stail org2 disekeliling kita...Kalau anak pensyarah ke, pegawai ke, org atasan ke, kena hantar anak kat tempat yg mahal...Tak taulah samada nak jaga status atau apa(harapnya tidaklah)...

Bagi aku, begantunglah pada niat seseorang ibu dan bapa...Kalau nawaitu ikhlas - Lillahitaala, utk menyekolahkan anak2, Insyaallah segala2nya akan menjadi baik...Kalau tidak mungkin disebaliknya...Wallahualam...

Apa2 pun...segala kelengkapan haikal kami dah sediakan...uniformnya pun aku dah iron dan hangerkan...wah....nampak sgt mamanya yg terlebih excited...huhuhuhu...Harap sgt haikal mudah menyesuaikan diri di tempat baru tu...Harap sgt haikal menjadi seorang anak yg baik dan soleh...Amin...Ya-Rabbul'alamin...

Tuesday, December 29, 2009

In a Jar...

Sharing is Caring...Something sweet to share...



When things in your life seem, Almost too much to handle,

When 24 Hours in a day is not enough,

Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.


A professor stood before his philosophy class


And had some items in front of him.

When the class began, wordlessly,

He picked up a very large and empty mayonnaise jar

And proceeded to fill it with golf balls.


He then asked the students, if the jar was full.

They agreed that it was.


The professor then picked up a box of pebbles and poured

them into the jar. He shook the jar lightly.

The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.


He then asked the students again

If the jar was full... They agreed it was.


The professor next picked up a box of sand

And poured it into the jar.. Of course, the sand filled up everything else.

He asked once more if the jar was full. The students responded
With an unanimous 'yes.'


The professor then produced Two cups of coffee from under the table

And poured the entire contents Into the jar, effectively
Filling the empty space between the sand.

The students laughed.


'Now,' said the professor, As the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life..
The golf balls are the important things - God, family,

children, health, friends, and favorite passions –

Things that if everything else was lost

And only they remained, your life would still be full.


The pebbles are the other things that matter Like your job, house, and car.


The sand is everything else --

The small stuff.


'If you put the sand into the jar first,' He continued,

'there is no room for the pebbles or the golf balls.

The same goes for life..


If you spend all your time and energy on the small stuff,

You will never have room for the things that are

Important to you.


So...


Pay attention to the things That are critical to your happiness.

Playwith your children.

Take time to get medical checkups.

Take your partner out to dinner.


There will always be time
To clean the house and fix the disposal.


'Take care of the golf balls first --

The things that really matter..

Set your priorities.. The rest is just sand.'


One of the students raised her hand

And inquired what the coffee represented.


The professor smiled.

'I'm glad you asked'.


It just goes to show you that no matter how full your life may seem,

there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Please share this with other "Golf Balls"


I just did...

Kawen Iwan-Nazeeha

Assalamualaikum...

Sebelum sibuk dgn majlis tunang kak ipa, Mac 2009 lepas kami sibuk pulak dgn majlis perkahwinan abgnya kepada ipa...Wah2 kakyah...Sibuk betul tahun 2009 kan...Tahun 2010 pulak dah tentunya kalut dgn wedding kak ipa...tiap2 tahun kak yah dpt menantu...hehehhee...

Di sini saja je nak refresh gubahan hantaran yg dibuat oleh kami...cikde dan ayahde...hantaran yg bertemakan "Golden Butterfly"...Mudah2han dpt la kita berkongsi idea...



Yang nih 'Sirih Junjung' yang telah dimodenkan rupanya...Kat sini ada juga diletakkan gula, garam dan juga asam...ini pun atas nasihat org2 lama...maybe sebagai simbolik kepada alam perkahwinan...Yelah, ibarat asam garam kehidupan...



Yang nih gubahan buah dan coklat disatukan...Buah guna buah 'Plum' merah yg di polish sikit dgn minyak masak (jgn banyak, sekadar utk mengilatkan sahaja)...Coklat 'Ferrero Roche' yang sememangnya kena dgn tema gold...



Yang nih set wangian dan juga senaskah Al-Quran...



Yang nih baju, kasut dan juga handbag...Bahagian ni yang paling mencabar...Mana taknya, handbagnya sgt besar, yelah, senang nak letak telekung...Nasib jumpa butterfly besar...at least tak nampak kosong sangat...

Majlis Tunang Ka Ipa

Assalamualaikum...

26 Disember 2009, tarikh Ipa@Fakira bertunang...Ipa nih anak sedara aku, dan aku dipanggil cikde...Alhamdulillah, selesai juga semuanya...Majlis pun berlangsung meriah...Meriah dgn ahli keluarga poklong derani yg sememangnya adalah sebuah kelurga yg besar...Seronok sgt bila ramai2 berkumpul...Aku dan suami diberi sepenuh kepercayaan utk menggubah hantaran dan juga pelamin...Mencabar jugak task kali ni...dengan budget yg kecil, aku nak produce sumthing yg menarik dan kreatif...


Ni gambar pelamin mini utk kak ipa...konsep pelamin ni adalah, guna apa saja yg ada...Konsep pelamin ni merah dan putih...Ala2 romantik gitu...


Hantarannya 5 berbalas 7...


Sirih junjung...Dah menjadi adat...Gubahan sirih mesti ada...Yang ni hasil idea gubahan cikdah...Tq cikdah...


Yang lain2 gubahan coklat, buah, kain pelikat, kain pasang, dan kek...


Harap sgt2 kak ipa suka dgn gubahan hantaran dan pelamin tuh...terima kasih juga utk kak yah dgn abg zaki sbb percayakan kami...

Untuk kak ipa...cikde dan ayahde harap kak ipa sentiasa berbahagia...jaga diri...jgn lupa kumpul duit...dan selamat menempuh alam pertunangan...

Salam sayang dari...Cikde & Ayahde

Selamat Menempuhi Alam Pertunangan

Dedikasi khusus buat adik tersayang...

Kauthar binti Muhammad...

Sesuatu yg manis apabila tanpa diduga, kasih menjelma, pertalian dicipta tanpa perlu menyulam madah, tanpa perlu menyulam kasih sebelum waktunya...

Sesuatu yg indah apabila segala janji terpatri, keluarga menjadi jambatan saksi, walau selama ini empunya diri tak pernah mengenali...

Sesungguhnya, ayat2 cinta sememangnya realiti bukan sekadar imaginasi...

Semoga pertalian yg dibina, dpt mengikat rasa kasih dan sayang hanya kerana Illahi...

Sekalung doa, mudah2han segalanya kekal bersemi...Meniti bahagia di raja sehari...AMIN