Wednesday, December 30, 2009

Haikal dan Tabika...

Hari ahad ni 3 Jan 2010...Haikal akan memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan seorang kanak2...Siapa yg excited? For sure mama dan abahnya...Maklumlah 1st experience anak sulung nak pegi sekolah...Haikal? Rasanya excited jugak kot, sbb hari2 tanya "Bila nak pegi sekolah? Berapa hari lagi nak pegi sekolah?"
Mula2 aku dan hubby mmg pening kepala...Nak hantar kat mana? Macam2 kawan2 suggest...Hantar kat chinese kindergarden la, hantar kat pasti la...hantar kat an-najmi la...Mcm2 la...Most of the suggestion anta kat swasta...Terfikir jugak...Kenapa Tabika Kemas ni mcm dipinggirkan je? Adakah kerana status pekerjaan mak dan ayah budak tu sendiri atau kualiti yg di utamakan?

Aku dan hubby pon sibuk la bertanya itu dan ini pada kawan2 yg mmg dah berpengalaman dlm bab2 menyekolahkan anak2 ni...Ada yg kata chinese kindergarden ni bagus sbb sejak dr awal lagi dah didedahkan dgn disiplin,math,keje rumah dan berbagai2 lagi...Mcm Pasti for for sure la lebih ke arah keagamaan sikit...An-najmi pulak antara tabika yg agak mahal di area sura, dungun ni...

Di sebabkan terlalu byk suggestion, hubby aku sampai ckp "tak yah hantar lagi la haikal tu...lagipun dia baru 5 tahun..." Aku pulak mmg tak setuju...Bagi aku umur 5 tahun mmg perfect age untuk anak2 biasakan diri dgn rutin persekolahan...kalau bila 6 tahun baru nak antar, risau nanti dia agak ketinggalan bila compare dgn kawan2 yg sebaya dgn dia...Lagipun haikal ni kategori budak yg agak aktif...Dia mmg tak boleh dok diam...Nak kena bagi dia aktiviti yg boleh menarik perhatian dia...Dia tak suka kalau asyik ulang benda yg sama hari2...at least kalau pegi tabika, dia boleh membuka minda dan mematangkan pemikiran dia...
Last2, aku dan hubby tergerak hati nak singgah kat satu tabika kemas masa nak pegi keje hari tuh...ntahla kenapa...mungkin persekitaran tabika tu yg bersih dan selamat membuatkan kami tergerak hati utk singgah...Mula2 mmg dlm hati ni ada rasa mcm tak confident dgn tabika milik kerajaan (maybe terpengaruh kot)...tp bila dah mula bersembang dgn cikgu2 nya, dan masuk sendiri utk meninjau keadaan dalam tabika tu, hati jadi semakin yakin dgn tabika kemas...
Bila dah ada kat dlm tuh, segala2nya kami tanya...sejam lebih kami kat situ...bukannya cerewet, cuma perasaan ingin tahu yg membuat kami dah jadi mcm penyiasat persendirian...hahahaha...

Menarik...memang menarik...kebetulan tabika yg kami singgah tu adalah sebuah tabika kemas contoh...yg selalu menang byk pertandingan di peringkat daerah dan negeri...program pembelajaran pun sgt menarik...masuk pukul 8 pg, habis pukul 12.30 tgh hari...Yg paling best...Ada program pintar Al-Quran dan juga program komputer di situ...penekanan turut diberi dalam pembelajaran bahasa inggeris...dan jaminan juga diberi...progress anak2 di tabika itu dipantau ketat... yg paling kami terkejut, yuran pendaftarannya cuma RM10...Biar betul...Pendaftaran taska lain ada yg RM75, RM97, RM154 dan ada yg mencecah RM400...sedangkan program yg ditawarkan hampir sama...

Kami pun rasanya dah berkenan sgt dgn tabika ni...why not, just give a try...nak jugak tgk perkembangan haikal nanti di tabika kemas...Kalau progressnya baik, boleh teruskan je...Harapnya baik tak kisah walau ke mana kita hantar anak tu...

Kadang2 maybe kita terlalu terpengaruh dgn budaya dan stail org2 disekeliling kita...Kalau anak pensyarah ke, pegawai ke, org atasan ke, kena hantar anak kat tempat yg mahal...Tak taulah samada nak jaga status atau apa(harapnya tidaklah)...

Bagi aku, begantunglah pada niat seseorang ibu dan bapa...Kalau nawaitu ikhlas - Lillahitaala, utk menyekolahkan anak2, Insyaallah segala2nya akan menjadi baik...Kalau tidak mungkin disebaliknya...Wallahualam...

Apa2 pun...segala kelengkapan haikal kami dah sediakan...uniformnya pun aku dah iron dan hangerkan...wah....nampak sgt mamanya yg terlebih excited...huhuhuhu...Harap sgt haikal mudah menyesuaikan diri di tempat baru tu...Harap sgt haikal menjadi seorang anak yg baik dan soleh...Amin...Ya-Rabbul'alamin...

2 comments:

  1. amin..insyaALLAH haikal jd yg terbaik di mata mamam dan abahnya..juga jd contoh terbaik utk aiman..emm..mama haikal mmg semangat...dr dl lg mcm tu..hehe..siap iron bju awal2..lambat lagi kot 3hb kak..takpe..prepare awal tak slhkan..hhee

    ReplyDelete
  2. Amin...Amin...hahaha...mau tak semangat...xcited...truja...siap dah bergambar pakai baju tu walaupun hanya baju kemas...hahahhaaha...

    ReplyDelete