Nobody can become Somebody...Somebody could be love by anybody...But still not everybody like somebody...
Sunday, January 24, 2010
Ujian...Dugaan..Cobaan...
Awan mendung yang berarak... Bawa tangis...Bawa resah...Rebah rindu yang terkumpul... Semat eratkan kalimat...semua janji yang terikat... Lebur di sisi-Mu....(Dari lagu Mantera Beradu....)
Hidup tak pernah sepi...hidup selalu terisi...baik dengan perkara baik...mahupun perkara yang tak berapa baik...Hidup kalau tak diuji bukan hidup namanya...Hidup kalau tak diuji itu bala namanya...Kata ulama...Kalau Allah s.w.t turunkan ujian, itu tandanya Dia kasih kepada kita...Dia sayang kepada kita...Ya Rahman...Ya Rahim...Sememangnya Kaulah Yang Maha Pengasih...Yang Maha Penyayang...Dikatakan juga kalau ketika kita ditimpa musibbah, dan pada masa itu kita kembali kepada-Nya, Allah s.w.t akan mengirimkan malaikat yang mendoakan, hidayah yang berterusan serta amal yang berpanjangan...AMIN...
Ujian atau musibbah ibarat awan mendung yang berarak...lambat laun ia akan berlalu...lambat laun mentari akan menyinar kembali selepas itu...semasa ujian tu memang jiwa akan menangis, hati akan merintih...jiwa akan resah dan pada masa tu ramai yang boleh rebah...boleh hilang arah...masa itu kalau jiwa tak kuat, iman tak kental, memang boleh jadi salah memilih jalan...Betapa pentingnya iman kan...
Ketika itu, dikatakan, jangan meminta dihapuskan ujian, jangan meminta dilupuskan ujian...tapi mintalah dikuatkan iman, dibesarkan sabar, diperkukuhkan akal, dikurniakan jalan...Tawakal hanya di jalan Allah s.w.t...Mudah-mudahan dapat kita semat eratkan kalimat...dapat kita berpegang pada semua janji yang terikat...janji yang tak mungkin terungkai antara hamba dan Khaliq...Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan seperti kekuatan kekasih Allah s.w.t, Ya Muhammad Ya Rasulullah biarpun hanya setitik cuma...Sedangkan kekasih Allah s.w.t pun duji dari segenap sudut, apatah lagi kita yang hanya manusia biasa...Semoga dapat kita sandarkan kekuatan pada hati kita yang semakin melara...semakin mendera...Bangkit semula...
AMIN...YA RABBUL A'LAMIN...
Sunday, January 10, 2010
Luahan Rasa...Luahan Doa...Seorang Hamba...
Ya Allah Ya tuhan kami…betapa ujianmu ini walau tidak seberat mana mata memandang, namun tidak tertanggung beratnya hambamu ini memikulnya…
Tidak wajar sebagai hamba, kami mempersoalkan segala ketentuanMu…
Kau memberi setitis rasa kasih, sayang dan cinta Mu kepada seluruh alam ini bagi kami meneguk rasa keindahan kehidupan…
Namun kau juga memberi setitis rasa kasih, sayang
dan cinta Mu juga bagi menguji kesabaran dan keimanan kami…
Betapa kami tidak mampu dan tidak berdaya untuk menepisnya apatah lagi menghapuskannya…
Betapa kami benar-benar mengharapkan belas kasihan dariMu bagi mengurangkan rasa pedih dan perit di dalam dada…
Betapa kami benar-benar mengharapkan setitis keagungan rahmatMu bagi kami meneguhkan keimanan kami yang hanya senipis kulit bawang…
Sesungguhnya hamba berlapang dada, menerima segala ujian dariMu biar apa jua rintangan dan juga kepayahan…
Ya Allah Ya tuhan kami…Ampunkanlah segala
dosa-dosa kami…Ampunkanlah segala kekhilafan kami…Ampunkanlah segala kejahilan kami…Dari kami kecil sehingga ke hari ini sehingga hari mati kami…Ringankanlah beban rasa ini…Ringankanlah rasa sarat ini, bagi kami meneruskan kehidupan kami…di dunia yg fana ini…sebelum akhirat nanti…
Sesungguhnya hanya kasih sayang dan cinta kepadaMu yang kekal abadi…
Amin…Amin…Ya Rabbalalamin…
Saturday, January 9, 2010
AZAN
Sunday, January 3, 2010
Kisah Wanita dan Air mata
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita nak," kata sang ibu kepadanya...
"Saya tak mengerti," jawab anak itu lagi...
Ibunya hanya memeluknya dan berkata...
"Dan engkau tak akan pernah mengerti."
Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya...
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yg dpt dkatakan oleh ayahnya...
Anak lelaki itu pun membesar menjadi seorang lelaki yg dewasa..Nalurinya tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis...Akhirnya ia pun berdoa memohon jawapan daripada tuhan kerana hanya tuhan yg tahu segalanya...
Jawapannya...
"Ketika wanita itu diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seseorang yg istimewa...Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun sifat dan fitrah wanita itu cukup lembut untuk menyenangkan..."
"Wanita itu diberikan kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan juga menerima penolakan yg juga selalu dtg dr anak-anaknya..."
"Wanita juga diciptakan 'keras', semata2 utk membuatnya tetap teguh ketika org2 lain mula menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mudah mengeluh..."
"Wanita diberi kepekaan untuk sentiasa mencintai anak2nya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya..."
"Wanita juga diberi kekuatan untuk sentiasa mendukung dan menyokong suaminya ketika di dalam kegagalan dan saling melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya..."
"Wanita diberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu..."
"Dan akhirnya...Wanita itu diberi air mata utk dititiskan...Setelah segala keperihan, kelelahan utk membahagiakan keluarganya, air mata itu adalah khusus milik seorang wanita, untuk digunakan bilapun ia memerlukan..."
:- Sesungguhnya seorang wanita yakni seorang isteri dan ibu, sentiasa sanggup berkorban demi memastikan yg terbaik utk suami dan anak2nya...tiada apa yg lebih menenangkan dengan mengalirkan airmata dan sendu dan berteleku di hamparan sejadah...lebih2 lagi ketika tak berupaya meluahkan...lebih2 lagi ketika bahu terasa tak larat menanggu beban...kerana itu fitrah seorang wanita...yang telah Allah ciptakan seindah2 ciptaan manusia...
Friday, January 1, 2010
Kisah Piring Astro & Haikal
Ini kisah haikal...Haikal yg makin hari makin membesar...Membesar sbg seorang kanak2 yg cerdas, aktif dan periang...dan kadangkala agak nakal...Haikal sgt suka tgk tv, kartun...Ala...semua budak2 suka tgk tv, tgk kartun kan...apa nak heran...tp haikal punya obses dgn saluran2 di astro terlalu melampau...kalau dah lama bercuti, asyik dok kat umah je, asyik nak tgk tv je, mula la dia buat perangai...taknak pegi taska, meronta2 dan macam2 la...dan masa2 macam ni lah peranan piring astro amat berguna...hehehhe...
Balik pada cerita td...tiap kali dia mula buat perangai, dia akan susah pegi taska...sampai kena angkat rotan...bila dah sampai kat taska, dia berkeras taknak masuk...kadang2 sampai setengah jam kami kat luar taska...nak marah salah, tak marah pun salah...last2 pengasuhnya terpaksa peluk haikal dan kami cepat2 lari pergi keja...hmmmm...kalau haikal tuh umur 2 tahun takpa la...ni dah nak masuk 5 tahun...penat woo kalau hari2 cm tuh...
Jadi, seperti biasa, kami akan cabut kabel astro...kami pasang dgn kabel arial biasa...jd bila haikal blk rumah nak tgk tv, semua rancangan astro dah tak ada...mula2 mmg dia akan buat perangai kejap...tp bila kami ingatkan fungsi satelit dan piringnya sbg pemancar, dia mula diam...dia mula risau...dia mula teringat rupa bentuk piring astro...kami ckp yg astro dah nampak dia punya perangai...haikal pun akan tanya "mama,abah, astro dah nampak ke perangai haikal?"...dia fikir sbb astro tuh mcm satelit, jadi mestilah nampak semua kan...hmmm...bagus jugak pemikiran haikal...tak terfikir lak ke situ...
Thursday, December 31, 2009
Bila anak2 sakit...

Teringat pulak kisah haikal dulu2...asyik keluar masuk hospital...menangis meraung menahan sakit tusukan jarum di tgn dan kaki...Aku yg kena pegang dia sbb hubby aku tak boleh tahan bila tgk haikal sakit...Aku ni pulak, konon2nya mcm tough...mcm tak kisah dgn apa yg nurse buat kat anak aku...Tp di dalam hati ni, tersayat, mcm dihiris2 hati ni...pedih...sedih...bila anak yg kita syg, yg masih baby, bergelut di dlm pelukan aku sendiri...itu baru kena cucuk...belum lagi masa haikal menahan sakit akibat fit (mcm sawan disebabkan dmm panas)...

Ada sekali masa haikal fit yg paling teruk...Masa tu dlm keta...on the way balik kg kat felda seberang tayor, kemaman..Masa pertengahan jln haikal kena...Biru bdn dia...air mata haikal meleleh2...Mulut haikal berbuih...Mata hitam mmg dah tak nampak...Haikal berada dlm pelukan aku...Habis basah kuyup haikal, aku dan seat kereta...Aku simbah segala air yg ada kt dlm botol dlm kereta sbb nak turunkan suhu badan dia...hubby aku tgh drive buntu...tak tahu nak ke mana...nak patah balik ke bandar akan ambik masa 20 minit...jd teruskan jugak perjalanan ke kg yg tinggal lagi 5 minit...Masa tuh bulan puasa...masa sampai kat umah tu,azan tgh berkumandang...Mmg nak berbuka jauh sekali...walau menjamah sebiji kurma pun kami tak boleh nak telan...

Masa tu kebetulan kakak ipar aku yg kerjanya nurse ada, dia call pusat kesihatan...kami bergegas pergi...fit haikal masa ni dah lebih 15 minit...masa tu aku risau sgt...yelah...byk risk kalau lebih dari 15 minit...sbelum ni aku sentiasa pantau keadaan haikal...aku mmg akan pastikan serangan fit tak lebih dari 5 ke 10 minit...aku dah mcm nurse...tp kali ni aku
tak sure dgn keadaan haikal...masa nih mmg serah bulat2 pada Allah...Tawakal je yg mampu...Aku gelabah, tp taklehnak tunjuk sgt, sbb hubby aku takleh tgk aku gelabah...Aku kena mengawal keadaan...Hubby aku seorang yg cepat panik..Haikal masa dlm ambulance cuma kaku...mata tak berkedip...nafas tak teratur...sedih sgt tgk keadaan dia...sayu hati ni...Taknak aku ulang lagi keadaan mcm ni...Mmg tak nak...

Hampir 2 tahun hidup kami tak tenang...kena sentiasa beringat walaupun masa tido...Haikal tak boleh demam...fitnya akan menyerang kalau dia demam...suhu badan dia jenis naik mendadak...Puas kami berubat...Jumpa pakar pun dah...doc cuma ckp. serangan fit tu akan berhenti sendiri nanti...paling lama pun bila umur anak tu 5 tahun...Tp alhamdulillah...Bila umur haikal mencecah 2 tahun stengah, semuanya berubah...Serangan fit tu tak brulang lagi...mmg ada amalan yg kami amalkan...selama hampir 2 tahun tu lah susu haikal pada waktu awal pagi dan masa nak tido, aku akan campurkan dgn madu khaula...tiap2 hari jus kurma aku bagi haikal minum...itu mmg 2 amalan yg tak pernah aku tinggal unless terlupa...ternyata berkesan...Mmg tuhan dah letakkan kelebihan dan keistimewaan madu dan kurma...Tp yg pasti dan yang aku kena pegang, bukan kerana madu atau kurma yg menyembuhkan haikal...tp hanya Allah yg telah menyembuhkan haikal...hanya Allah yg telah meringankan beban kami suami isteri...
Sejak itu, aku dan hubby mmg tak boleh tahan bila tgk anak2 sakit di depan mata walaupun hanya anak kembung perut waktu malam...aku dgn hubby mesti berjaga bergilir2 anak2 aku kalau ada yg sakit...dan kami paling fobia kalau haikal atau aiman demam...mmg boleh dikatakan aku akan berjaga sampai 5 pg...dan hubby akan sambung selepas itu..kami bergilir2...mmg salah sorang drpd kami tak akan melelapkan mata walau sedikit pun....Kami taknak peristiwa yg
haikal alami berulang pada aiman skali lagi...cukuplah hanya haikal yg rasa...cukuplah...

Tak ada apa yg lebih membebankan hati seseorang ibu dan ayah bila melihat anak kesayangan mereka menahan perit dan siksa...sesungguhnya kasih ibu dan ayah itu tidak terjangkau...Seluas air di lautan pun tak dapat di hitung jumlahnya...Mama dan abah syg haikal...syg aiman...



