Monday, April 4, 2011

I’m Back!

Dah lama tak jumpa…rindu pulak nak bercerita…Rasa mcm dah lama berehat…Alhamdulillah, dah betul2 sihat dan dah selesai berpantang anak ke 3…Mencabar betul hidup kali ni…Tuning life ke  mode baru…Rasa mcm tak ada masa langsung utk diri sendiri…tp so far dah makin terbiasa…Tahun ni tugas sbg ibu makin mencabar…Macam manalah ibu2 zaman dulu mampu beranak ramai dan menguruskan rumahtangga dgn tekun dan sabar ek? Aku, tekun tuh boleh, tp sabar tu kdg2 mcm menipis je…huhuhuu…specially dgn karenah haikal dan aiman yg makin membesar dan lasak…yelah…kan lelaki…kalau tak lasak lain pulak ceritanya…Haikal sometime ok, well behave, tp sometime sgt2 menguji keimanan dan kesabaran aku sbg ibu…bukan apa…masih lagi manja dan mengada2…terlalu nakkan perhatian…dan juga cemburu secara terang2an…Aiman seperti biasa, he’s always tak kisah…tp aku tau, deep doen inside him, aiman sebenarnya kisah dgn kehadiran adiknya qisya…cuma dia maintain cool…perubahan ketara aiman, dia cepat merajuk bila kena marah…dan kuat menangis dan kuat mengigau bila tidur mlm…kesian jugak kat aiman ni…Qisya Humaira pulak dah makin dpt menyesuaikan diri dgn keadaan sekeliling…dgn usia 54 hari, perkembangannya normal mengikut apa yg sepatutnya dicapai bayi seusianya…Dan yg paling penting dia masih lagi menyusu badan sepenuhnya…Alhamdulillah…Baru kali ni aku rasa mampu utk menyusu badan sepenuhnya…masa haikal dulu 2nd day dah start campur susu, masa aiman pulak hari ke 19 campur susu sbb susu kering…lagi pun masa tuh kurang info dan ilmu pasal breastfeed nih…harap2 utk qisya humaira aku mampu utk meyusu selama mana yang termampu…Insyaallah…

Photo0134

Thursday, January 27, 2011

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak
lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Friday, December 31, 2010

Wanita dan Airmata

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya...

"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita nak," kata sang ibu kepadanya...

"Saya tak mengerti," jawab anak itu lagi...

Ibunya hanya memeluknya dan berkata...

"Dan engkau tak akan pernah mengerti."

Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya...

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yg dpt dkatakan oleh ayahnya...

Anak lelaki itu pun membesar menjadi seorang lelaki yg dewasa..Nalurinya tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis...Akhirnya ia pun berdoa memohon jawapan daripada tuhan kerana hanya tuhan yg tahu segalanya...

Jawapannya...

"Ketika wanita itu diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seseorang yg istimewa...Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun sifat dan fitrah wanita itu cukup lembut untuk menyenangkan..."

"Wanita itu diberikan kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan juga menerima penolakan yg juga selalu dtg dr anak-anaknya..."

"Wanita juga diciptakan 'keras', semata2 utk membuatnya tetap teguh ketika org2 lain mula menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mudah mengeluh..."

"Wanita diberi kepekaan untuk sentiasa mencintai anak2nya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya..."

"Wanita juga diberi kekuatan untuk sentiasa mendukung dan menyokong suaminya ketika di dalam kegagalan dan saling melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya..."

"Wanita diberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu..."

"Dan akhirnya...Wanita itu diberi air mata utk dititiskan...Setelah segala keperihan, kelelahan utk membahagiakan keluarganya, air mata itu adalah khusus milik seorang wanita, untuk digunakan bilapun ia memerlukan..."

:- Sesungguhnya seorang wanita yakni seorang isteri dan ibu, sentiasa sanggup berkorban demi memastikan yg terbaik utk suami dan anak2nya...tiada apa yg lebih menenangkan dengan mengalirkan airmata dan sendu dan berteleku di hamparan sejadah...lebih2 lagi ketika tak berupaya meluahkan...lebih2 lagi ketika bahu terasa tak larat menanggung beban...kerana itu fitrah seorang wanita...yang telah Allah ciptakan seindah2 ciptaan manusia...

Monday, December 6, 2010

Almost 30 weeks...pregnancy...



Dup dap dup dap...dah 30 minggu baby dlm perut ni...kejap je masa berlalu...baby pon dah makin rancak menari-nari...tak dinafikan, walau ini baby yg ketiga, tp perasaan excited itu mmg ada...specially bila dapat rasa baby bergerak2 kat dlm tummy...satu perasaan yg tak dpt diungkapkan dgn kata2...rasa bahagia...rasa happy...rasa bermakna...bukan senang nak melahirkan satu lagi nyawa insan ke dunia...bukan mudah...9 bulan...satu masa yg cukup menguji kesabaran dan kekuatan...belum lagi saat melahirkan...aduih...kecut pulak bila fikir masa tu nanti...teringat balik rasa sakit masa baby nak keluar...tp tak sabar pulak nak menatap dan mendakap baby yg bakal keluar ni nanti...masa tu nanti baru terasa berbaloi menanggung segala rasa selama mengandung, berbaloi segala sakit dan azab masa bersalin...apa-apa pun semua persiapan dah siap...tinggal tunggu masa je lagi...harap Tuhan permudahkan segala2nya...

Salam Tahun Baru....

Salam tahun baru....

Salam awal muharram...

Begitu pantas masa berlalu...tahun berganti tahun...usia pulak makin bertambah...masa tak berputar kembali...masa tak pernah menanti...apa lagi yang di cari? bagaimana kesudahannya nanti? berjaya di realiti atau masih lagi bermimpi?

Harapan di tahun baru ini, mudah-mudahan diri ini tidak lagi ralit...mudah-mudahan diri ini sentiasa bangkit berdiri...mudah-mudahan diri ini sentiasa berpijak di realiti...mudah-mudahan bertemu apa yang di cari...mudah-mudahan sentiasa berupaya kembali...mudah-mudahan tahun baru ini akan menjadi lebih bererti...

Doa pada semua...mudah-mudahan di tahun baru ini menjanjikan kehidupan di lembaran yang baru...yang lebih baik...yang lebih bererti...

Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan melimpahkan hidayah dan rahmatNya ke seluruh alam ini....

Amin...

Wednesday, July 21, 2010

3rd Pregnancy

Alhamdulillah...

Minggu ni hampir 11 minggu usia kandungan. Tinggal beberapa minggu je lagi utk masuk 2nd trimester. Letihnya, penatnya menunggu. Kali ni lain pulak peel ibu mengandung. Bila difikirkan balik, betapa uniknya proses kehamilan. Macam2 Tuhan bagi rasa. Masti ada sebabnya kan.

Masa anak yang sulung dulu, azabnya MasyaAllah. Tuhan je yang tau. Morning Sickness yang agak teruk. Macam-macam. Extremely exhausted, specially in early morning. Tak boleh nak makan nasi, ikan, ayam dan berbagai2 lagi. Yang boleh masuk dalam perut cumalah roti bakar, telur hancur, jus oren+karot dan susu. Lembik rasanya masa tu. Masa tu nyaris serik la juga rasanya. Itu belum lagi masa bersalin. Tapi apa-apa pun, still what a wonderful experienced.

Masa anak yang ke dua sgt seronok masa mengandung. Tak ada masalah. Mood baik, ceria, dan selalunya happy. Takde masalah morning sickness ke apa. Bertenaga. Rasa macam Superwoman pun ada. Cuma satu je peelnya, cepat bosan dgn susun atur perabut rumah. Ada aje nak diubah. Tak boleh statik. Bila statik rasa rimas, rasa lemas, rasa bosan. Tak terkira rasanya dok ubah kedudukan perabot masa tu.

Yang terbaru ni pulak, tak banyak sgt masalah sebenarnya. Cuma bila menjelang senja, rasa letih tu mula melampau2. Tak boleh nak makan pada waktu malam. Malam memang melepek la. Lembik. Nak tidur je kejenya. Lepas maghrib memang selalunya dah tidur. bila lapar tengah malam baru bangun buat air milo atau horlick + cicah biskut cracker. Pastu sambung tidur balik. Kesian kat anak2 dan hubby. Siang hari dahlah kerja. Balik pulak dah petang, belum sempat nak layan family maknya dah giveup, dah angkat bendera putih. Nasib baik la hubby ku sgt memahami. Dialah yang menjaga dan melayan anak2. Kalau tak, tak tau la mcm mana.

Apa-apa pun, mmg seronok masa pregnancy ni. Ye la, lain anak lain pengalamannya. Sebagai ibu aku sgt2 bersyukur. Pengalaman2 mcm ni lah yang mematangkan. Dan yang paling penting sgt menginsafkan. Teringat pulak kat mak, mcm manalah dia dulu masa mengandungkan aku dan adik2. Hurmmmm.