Friday, December 31, 2010

Wanita dan Airmata

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya...

"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita nak," kata sang ibu kepadanya...

"Saya tak mengerti," jawab anak itu lagi...

Ibunya hanya memeluknya dan berkata...

"Dan engkau tak akan pernah mengerti."

Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya...

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yg dpt dkatakan oleh ayahnya...

Anak lelaki itu pun membesar menjadi seorang lelaki yg dewasa..Nalurinya tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis...Akhirnya ia pun berdoa memohon jawapan daripada tuhan kerana hanya tuhan yg tahu segalanya...

Jawapannya...

"Ketika wanita itu diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seseorang yg istimewa...Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun sifat dan fitrah wanita itu cukup lembut untuk menyenangkan..."

"Wanita itu diberikan kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan juga menerima penolakan yg juga selalu dtg dr anak-anaknya..."

"Wanita juga diciptakan 'keras', semata2 utk membuatnya tetap teguh ketika org2 lain mula menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mudah mengeluh..."

"Wanita diberi kepekaan untuk sentiasa mencintai anak2nya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya..."

"Wanita juga diberi kekuatan untuk sentiasa mendukung dan menyokong suaminya ketika di dalam kegagalan dan saling melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya..."

"Wanita diberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu..."

"Dan akhirnya...Wanita itu diberi air mata utk dititiskan...Setelah segala keperihan, kelelahan utk membahagiakan keluarganya, air mata itu adalah khusus milik seorang wanita, untuk digunakan bilapun ia memerlukan..."

:- Sesungguhnya seorang wanita yakni seorang isteri dan ibu, sentiasa sanggup berkorban demi memastikan yg terbaik utk suami dan anak2nya...tiada apa yg lebih menenangkan dengan mengalirkan airmata dan sendu dan berteleku di hamparan sejadah...lebih2 lagi ketika tak berupaya meluahkan...lebih2 lagi ketika bahu terasa tak larat menanggung beban...kerana itu fitrah seorang wanita...yang telah Allah ciptakan seindah2 ciptaan manusia...

Monday, December 6, 2010

Almost 30 weeks...pregnancy...



Dup dap dup dap...dah 30 minggu baby dlm perut ni...kejap je masa berlalu...baby pon dah makin rancak menari-nari...tak dinafikan, walau ini baby yg ketiga, tp perasaan excited itu mmg ada...specially bila dapat rasa baby bergerak2 kat dlm tummy...satu perasaan yg tak dpt diungkapkan dgn kata2...rasa bahagia...rasa happy...rasa bermakna...bukan senang nak melahirkan satu lagi nyawa insan ke dunia...bukan mudah...9 bulan...satu masa yg cukup menguji kesabaran dan kekuatan...belum lagi saat melahirkan...aduih...kecut pulak bila fikir masa tu nanti...teringat balik rasa sakit masa baby nak keluar...tp tak sabar pulak nak menatap dan mendakap baby yg bakal keluar ni nanti...masa tu nanti baru terasa berbaloi menanggung segala rasa selama mengandung, berbaloi segala sakit dan azab masa bersalin...apa-apa pun semua persiapan dah siap...tinggal tunggu masa je lagi...harap Tuhan permudahkan segala2nya...

Salam Tahun Baru....

Salam tahun baru....

Salam awal muharram...

Begitu pantas masa berlalu...tahun berganti tahun...usia pulak makin bertambah...masa tak berputar kembali...masa tak pernah menanti...apa lagi yang di cari? bagaimana kesudahannya nanti? berjaya di realiti atau masih lagi bermimpi?

Harapan di tahun baru ini, mudah-mudahan diri ini tidak lagi ralit...mudah-mudahan diri ini sentiasa bangkit berdiri...mudah-mudahan diri ini sentiasa berpijak di realiti...mudah-mudahan bertemu apa yang di cari...mudah-mudahan sentiasa berupaya kembali...mudah-mudahan tahun baru ini akan menjadi lebih bererti...

Doa pada semua...mudah-mudahan di tahun baru ini menjanjikan kehidupan di lembaran yang baru...yang lebih baik...yang lebih bererti...

Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan melimpahkan hidayah dan rahmatNya ke seluruh alam ini....

Amin...

Wednesday, July 21, 2010

3rd Pregnancy

Alhamdulillah...

Minggu ni hampir 11 minggu usia kandungan. Tinggal beberapa minggu je lagi utk masuk 2nd trimester. Letihnya, penatnya menunggu. Kali ni lain pulak peel ibu mengandung. Bila difikirkan balik, betapa uniknya proses kehamilan. Macam2 Tuhan bagi rasa. Masti ada sebabnya kan.

Masa anak yang sulung dulu, azabnya MasyaAllah. Tuhan je yang tau. Morning Sickness yang agak teruk. Macam-macam. Extremely exhausted, specially in early morning. Tak boleh nak makan nasi, ikan, ayam dan berbagai2 lagi. Yang boleh masuk dalam perut cumalah roti bakar, telur hancur, jus oren+karot dan susu. Lembik rasanya masa tu. Masa tu nyaris serik la juga rasanya. Itu belum lagi masa bersalin. Tapi apa-apa pun, still what a wonderful experienced.

Masa anak yang ke dua sgt seronok masa mengandung. Tak ada masalah. Mood baik, ceria, dan selalunya happy. Takde masalah morning sickness ke apa. Bertenaga. Rasa macam Superwoman pun ada. Cuma satu je peelnya, cepat bosan dgn susun atur perabut rumah. Ada aje nak diubah. Tak boleh statik. Bila statik rasa rimas, rasa lemas, rasa bosan. Tak terkira rasanya dok ubah kedudukan perabot masa tu.

Yang terbaru ni pulak, tak banyak sgt masalah sebenarnya. Cuma bila menjelang senja, rasa letih tu mula melampau2. Tak boleh nak makan pada waktu malam. Malam memang melepek la. Lembik. Nak tidur je kejenya. Lepas maghrib memang selalunya dah tidur. bila lapar tengah malam baru bangun buat air milo atau horlick + cicah biskut cracker. Pastu sambung tidur balik. Kesian kat anak2 dan hubby. Siang hari dahlah kerja. Balik pulak dah petang, belum sempat nak layan family maknya dah giveup, dah angkat bendera putih. Nasib baik la hubby ku sgt memahami. Dialah yang menjaga dan melayan anak2. Kalau tak, tak tau la mcm mana.

Apa-apa pun, mmg seronok masa pregnancy ni. Ye la, lain anak lain pengalamannya. Sebagai ibu aku sgt2 bersyukur. Pengalaman2 mcm ni lah yang mematangkan. Dan yang paling penting sgt menginsafkan. Teringat pulak kat mak, mcm manalah dia dulu masa mengandungkan aku dan adik2. Hurmmmm.

Wednesday, May 19, 2010

Dedikasi Untuk Yang Sayangkan Ibubapa

Kisah ini telah di e-mailkan kpd saya melalui 'lotus notes'...Memikirkan yang ia memberi manfaat, sewajarnya kisah sebegini dapat kita kongsi bersama.....Mudah-mudahan kita akan sentiasa berpijak di bumi yang nyata....
---------------------------------------------------------------------------------------

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak..." Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati su amin ya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sunday, March 28, 2010

Gejala Buang Bayi....

Salam...

Sejak akhir2 ni, byk betul kes2 buang bayi...dah jd mcm trend pulak kat malaysia nih...bila terbaca kes2 yg ada tuh aku merasa terpanggil utk meluahkan segala rasa yg terbuku dalam hati dan benak aku...Di mana salah dan silapnya?Kenapa ada manusia yg sanggup membuang bayi yg natijahnya tidak berdosa?Benarkah mereka yg membuang bayi itu adalah manusia yg tidak berperasaan hingga mereka dikatakan lebih kejam dari haiwan?Aku tak rasa begitu...

Mmg tak dinafikan masalah sosial di kalangan anak2 muda masa kini kian meruncing...kian berakar umbi dalam budaya masyarakat melayu yg utuh dgn tatacara, adat dan budaya...'Melahirkan anak tanpa nikah' dan dlm erti kata lainnya, telah melakukan 'zina' sebelum itu, mmg adalah salah satu perkara yg tak dpt diterima dlm budaya mana sekalipun, perkara ini dianggap 'taboo' dlm masyarakat kita, dan juga masyarakat yg bukan dlm agama islam......malah, agama islam sendiri pun melarang perbuatan 'zina', apatah lagi utk meng'halal'kan gejala 'buang bayi' pulak...

Aku percaya, yg terjebak itu mmg dah tak boleh nak berundur atau melarikan diri dari umum...'nasi dah menjadi bubur'...apatah lagi perut dah makin membesar...Tp dek kerana tak mahu menanggung malu atau lebih tepat lagi tak mahu mengaibkan diri dan keluarga, mereka sanggup berbuat apa saja...Masa ni pepatah yg tepat yg mereka mungkin gunakan adalah 'alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'...

Dahlah lelaki yg spatutnya bertanggungjawab tdk memikul tanggungjawab...ditambah lagi dgn keluarga yg mungkin memulaukan mereka...dgn masyarakat setempat yg mungkin memandang sinis terhadap mereka...dgn segala caci maki dan pandangan penuh benci...ditambah lagi dgn usia yg begitu muda, tanpa kerjaya, tanpa segalanya...Kat sinilah, bila sampai di satu tahap...manusia itu hilang pertimbangan...sanggup melakukan apa saja asalkan mereka tak akan menanggung aib sepanjang hidup...bermulalah segala percubaan demi percubaan dan akhirnya sampai ke saat melahirkan...bagi golongan yg berduit, mungkin option mereka adalah dgn melakukan 'abortion' haram...dan bagi mereka yg terkapai2, buang bayi itu mungkin pengakhiran dlm usaha2 mereka...

Tp aku sangat2 percayalah...biar dgn cara apapun, sama ada dgn 'abortion' atau 'buang bayi'...ke2-2 tu memberikan kesan yg sgt besar dlm hidup si pelaku terutamanya si ibu...si bapa mungkin tak dpt merasainya krn mereka tak merasa bagaimana perit dan sakitnya utk bersalin...Org yg bersalin dgn bantuan hospital pun sakit yg teramat, apatah lagi yg melahirkan anak sendiri2...dgn pelbagai tekanan yg bertimpa2 itu mungkin juga buat mereka 'meroyan' ataupun istilah lainnya 'post-partum depression'...Org2 yg berada dlm keadaan ini akan bertindak melalui akal yg sgt2 tidak seimbang...Tp selepas itu, walau selesai masalah, aku percaya walau sekejam mana pun mereka, penyesalan tetap ada di dalam hati mereka...dan mungkin mereka akan hidup dlm penyesalan di sepanjang hayat mereka...sehingga ke akhir nyawa...

Disinilah peranan kita sbg manusia, masyarakat dan keluarga berfungsi...tak ada kesudahannya selagi diri manusia itu selalu memandang serong, menghamburkan kata nista...kalau keluarga sanggup membuang ahlinya sendiri dek kerana tak mahu menanggung malu, apatah lagi dgn pandangan masyarakat sekelilingnya pulak...

Bagi aku, golongan ini, walau telah berbuat salah dan dosa, mereka patut diberi peluang...mereka patut diberi perlindungan sewajarnya dan mereka patut dibimbing, dipandu ke arah yg benar...Mudah2an mereka akan insaf, dan seterusnya diberi hidayah oleh Allah s.w.t...Sesungguhnya kasih sayang tuhan itu melebihi dari kemurkaan-Nya...

Aku kagum dan bersyukur, di luar sana, masih ada yg sayang...aku juga bangga dgn sikap sesetengah keluarga yg dpt menerima ujian tuhan ini walau seberat manapun bahu mereka memikulnya...juga dgn pertubuhan2 atau rumah2 perlindungan...aku terharu dgn bantuan2 yg mereka hulurkan, mereka telah menyelamatkan satu nyawa bayi yg tak berdosa dan seterusnya tidak membuang atau membiarkan anak gadis itu terus menerus hanyut tanpa pedoman...tanpa arah...

Budaya ini yg seharusnya diterapkan dlm masyarakat kita...Bukan budaya org yg merasakan mereka itu 'baik' atau 'alim' atau 'perfect' tanpa salah, dgn sewenang2nya mereka menunding jari, membiarkan anak2 gadis itu lebih sengsara, dan dimalukan...Bukankah jalan dakwah yg sebaiknya adalah dgn kasih sayang dan kelembutan?Bukankah dgn cara yg Rasulullah s.a.w. sarankan itu lebih memberi kesan yg positif kpd si pelaku? Mudah2an Allah sw.t. akan membuka pintu hati mereka...melembutkan hati mereka...

Di saat aku meluahkan rasa ini, bergenang air mata aku...Sedih dan terharu berbaur2...Sesungguhnya naluri sebagai ibu sgt kuat dlm diri ini...Rasa kasihan melimpah2 pd golongan yg hanyut ini...Rasa tersayat dgn kematian bayi2 yg di buang...Tp aku hanya mampu meluahkan dan berdoa...mmg dah nyata kita dah berada di akhir zaman...kembali di era jahiliah...namun begitu mudah2an, masih ada ruang untuk kita sentiasa memperbaiki diri...terima kasih tuhan kerana telah meletakkan hamba di sini...mudah2an diri ini sentiasa merenung kesilapan sendiri...hanya pengakhiran yg baik yg hamba pinta...Amin...

-Anjurkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu melaksanakannya dan cegahlah kemungkaran itu walaupun kita belum mampu menghentikannya...

Tuesday, March 2, 2010

Luahan rasa...dan doa...

Hurmmmmm....dah lama tak update blog...mmg x smpat nk update...sejak dah mula kerja, byk benda nak kena wat...nak kena tune life ke 'mode' yg lain plak...selama bkerja ni jugakla aku tgk perangai2 manusia yg smemangnya menarik dn unik utk kita 'observe'...perangai2 manusia ni jugak la yg mmbuatkan hidup kita jd lebih berwarna-warni...mcm colors of rangoli....dan perangai2 manusia yg berada sekeliling kita inilah yg dpt mengajar kita tentang baaaaaanyak perkara...byk betul tuh...huhuhuhuhu

Aku bersyukur krna tuhan dah mnjadikan aku sebaik2 manusia yg bernama Rohayu...lengkap dgn sebuah perjalanan hidup yg bermacam-macam walaupun aku baru 28thun di muka bumi ini...ada turun...ada naik...dan ada yg jatuh menjunam...semuanya aku dah lalui sehinggalah aku hidup ke hari ini...segala2nya mematangkan aku...mendewasakan aku..mendidik aku utk mnjadi seseorg yg cukup-cukup rasional...mnjadikan aku seorg yg tdk sceptical...mnjadikan aku seorg yg open-minded dlm batas2 trtentu...mnjadikn aku seseorg yg cukup2 memahami...terima kasih yg tak trhingga tuhan...

Aku sgt2 berharap...aku akan sntiasa berpijak di bumi yg nyata...aku sgt2 berharap tuhan akan sntiasa mnjadikan aku seorang insan yg lebih baik di hari2 yg mndatang...kdg2 aku takut...aku risau aku akan hanyut tnpa sedar...aku sgt mengharapkan tuhan sntiasa mnjaga dan mngawasi aku...sentiasa memandu aku ke jalan yg benar...

Dan...
Doa dan harapan aku lagi, org2 yg dekat dgn aku, org2 yg cuba mendekati aku, atau org2 yg pernah dekat dgn aku di masa lalu...tak kira siapa...tak kira baik atau buruk...moga sntiasa mndapat hidayah...rahmat dan kasih syg dari Allah s.w.t...hanya tuhan yg tahu bagaimana perasaan aku ketika ini...aku mendoakan segala yg baik2...AMIN...

Insyaallah...aku sntiasa berdiri di sini, cuba memahami, cuba mengerti dan cuba menyelami...

"La hau la wala kuwata illah...."
-tiada daya upayaku melainkan dgn izin Allah....

Sunday, January 24, 2010

Ujian...Dugaan..Cobaan...

Lately aku sering diuji...dari setiap sudut aku diuji...dari segi kesihatan, aku asyik sakit jee...lepas satu, satu sakitnya...UTI la...Infection la...Demam...Batuk...Migrain...ntah tak tau apa lagi lepas ni...Dari segi mental dan fizikal lagi laa...Itu belum bab emosi dan perasaan...Lembik jadinya aku bila diasak bertubi-tubi...Tapi...Satu je yang aku kena pegang...Ada HIKMAHnya...Ada SEBABnya...Kena REDHA...Kena SABAR...Kena TAWAKAL...Kena BERUSAHA...Teringat balik apa yg aku penah tulis dulu....Iye lah...Manusia ni kadang2 selalu terlupa...selalu terleka...kena MUHASABAH diri balik...

Awan mendung yang berarak... Bawa tangis...Bawa resah...Rebah rindu yang terkumpul... Semat eratkan kalimat...semua janji yang terikat... Lebur di sisi-Mu....(Dari lagu Mantera Beradu....)

Hidup tak pernah sepi...hidup selalu terisi...baik dengan perkara baik...mahupun perkara yang tak berapa baik...Hidup kalau tak diuji bukan hidup namanya...Hidup kalau tak diuji itu bala namanya...Kata ulama...Kalau Allah s.w.t turunkan ujian, itu tandanya Dia kasih kepada kita...Dia sayang kepada kita...Ya Rahman...Ya Rahim...Sememangnya Kaulah Yang Maha Pengasih...Yang Maha Penyayang...Dikatakan juga kalau ketika kita ditimpa musibbah, dan pada masa itu kita kembali kepada-Nya, Allah s.w.t akan mengirimkan malaikat yang mendoakan, hidayah yang berterusan serta amal yang berpanjangan...AMIN...

Ujian atau musibbah ibarat awan mendung yang berarak...lambat laun ia akan berlalu...lambat laun mentari akan menyinar kembali selepas itu...semasa ujian tu memang jiwa akan menangis, hati akan merintih...jiwa akan resah dan pada masa tu ramai yang boleh rebah...boleh hilang arah...masa itu kalau jiwa tak kuat, iman tak kental, memang boleh jadi salah memilih jalan...Betapa pentingnya iman kan...

Ketika itu, dikatakan, jangan meminta dihapuskan ujian, jangan meminta dilupuskan ujian...tapi mintalah dikuatkan iman, dibesarkan sabar, diperkukuhkan akal, dikurniakan jalan...Tawakal hanya di jalan Allah s.w.t...Mudah-mudahan dapat kita semat eratkan kalimat...dapat kita berpegang pada semua janji yang terikat...janji yang tak mungkin terungkai antara hamba dan Khaliq...Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan seperti kekuatan kekasih Allah s.w.t, Ya Muhammad Ya Rasulullah biarpun hanya setitik cuma...Sedangkan kekasih Allah s.w.t pun duji dari segenap sudut, apatah lagi kita yang hanya manusia biasa...Semoga dapat kita sandarkan kekuatan pada hati kita yang semakin melara...semakin mendera...Bangkit semula...


AMIN...YA RABBUL A'LAMIN...

Sunday, January 10, 2010

Luahan Rasa...Luahan Doa...Seorang Hamba...


Ya Allah Ya tuhan kami…betapa ujianmu ini walau tidak seberat mana mata memandang, namun tidak tertanggung beratnya hambamu ini memikulnya…


Tidak wajar sebagai hamba, kami mempersoalkan segala ketentuanMu…


Kau memberi setitis rasa kasih, sayang dan cinta Mu kepada seluruh alam ini bagi kami meneguk rasa keindahan kehidupan…


Namun kau juga memberi setitis rasa kasih, sayang

dan cinta Mu juga bagi menguji kesabaran dan keimanan kami…


Betapa kami tidak mampu dan tidak berdaya untuk menepisnya apatah lagi menghapuskannya…


Betapa kami benar-benar mengharapkan belas kasihan dariMu bagi mengurangkan rasa pedih dan perit di dalam dada…


Betapa kami benar-benar mengharapkan setitis keagungan rahmatMu bagi kami meneguhkan keimanan kami yang hanya senipis kulit bawang…


Sesungguhnya hamba berlapang dada, menerima segala ujian dariMu biar apa jua rintangan dan juga kepayahan…


Ya Allah Ya tuhan kami…Ampunkanlah segala

dosa-dosa kami…Ampunkanlah segala kekhilafan kami…Ampunkanlah segala kejahilan kami…Dari kami kecil sehingga ke hari ini sehingga hari mati kami…Ringankanlah beban rasa ini…Ringankanlah rasa sarat ini, bagi kami meneruskan kehidupan kami…di dunia yg fana ini…sebelum akhirat nanti…


Sesungguhnya hanya kasih sayang dan cinta kepadaMu yang kekal abadi…


Amin…Amin…Ya Rabbalalamin…

Saturday, January 9, 2010

AZAN

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.


Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!

Sunday, January 3, 2010

Kisah Wanita dan Air mata

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya...

"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita nak," kata sang ibu kepadanya...

"Saya tak mengerti," jawab anak itu lagi...

Ibunya hanya memeluknya dan berkata...

"Dan engkau tak akan pernah mengerti."

Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya...

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yg dpt dkatakan oleh ayahnya...

Anak lelaki itu pun membesar menjadi seorang lelaki yg dewasa..Nalurinya tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis...Akhirnya ia pun berdoa memohon jawapan daripada tuhan kerana hanya tuhan yg tahu segalanya...

Jawapannya...

"Ketika wanita itu diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seseorang yg istimewa...Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun sifat dan fitrah wanita itu cukup lembut untuk menyenangkan..."

"Wanita itu diberikan kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan juga menerima penolakan yg juga selalu dtg dr anak-anaknya..."

"Wanita juga diciptakan 'keras', semata2 utk membuatnya tetap teguh ketika org2 lain mula menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mudah mengeluh..."

"Wanita diberi kepekaan untuk sentiasa mencintai anak2nya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya..."

"Wanita juga diberi kekuatan untuk sentiasa mendukung dan menyokong suaminya ketika di dalam kegagalan dan saling melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya..."

"Wanita diberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu..."

"Dan akhirnya...Wanita itu diberi air mata utk dititiskan...Setelah segala keperihan, kelelahan utk membahagiakan keluarganya, air mata itu adalah khusus milik seorang wanita, untuk digunakan bilapun ia memerlukan..."

:- Sesungguhnya seorang wanita yakni seorang isteri dan ibu, sentiasa sanggup berkorban demi memastikan yg terbaik utk suami dan anak2nya...tiada apa yg lebih menenangkan dengan mengalirkan airmata dan sendu dan berteleku di hamparan sejadah...lebih2 lagi ketika tak berupaya meluahkan...lebih2 lagi ketika bahu terasa tak larat menanggu beban...kerana itu fitrah seorang wanita...yang telah Allah ciptakan seindah2 ciptaan manusia...

Friday, January 1, 2010

Kisah Piring Astro & Haikal


Apa kaitannya piring astro dan haikal?Ada kisahnya...

Tiap kali aku dan hubby aku lepak kat luar rumah dan ternampak piring astro, kami sure tersenyum dan memandang antara satu sama lain sambil menggelengkan kepala...

Ini kisah haikal...Haikal yg makin hari makin membesar...Membesar sbg seorang kanak2 yg cerdas, aktif dan periang...dan kadangkala agak nakal...Haikal sgt suka tgk tv, kartun...Ala...semua budak2 suka tgk tv, tgk kartun kan...apa nak heran...tp haikal punya obses dgn saluran2 di astro terlalu melampau...kalau dah lama bercuti, asyik dok kat umah je, asyik nak tgk tv je, mula la dia buat perangai...taknak pegi taska, meronta2 dan macam2 la...dan masa2 macam ni lah peranan piring astro amat berguna...hehehhe...


Haikal ni boleh dikatakan terlalu minat dgn sains dan segala2 istilahnya...dia tau rupa bentuk satelit dan juga piring pemancar...jadi dia tau yg piring astro adalah berbentuk begitu...dulu sebelum dia tau ttg satelit, dia selalu tgk rancangan discovery channel atau tgk gambar2...masa tu la dia byk bertanya...ini apa...itu apa...ini kenapa...itu bagaimana...kebetulan, aku sentiasa menjawab segala pertanyaannya dgn sabar...dan aku sedaya upaya memberikan info dgn tepat, tanpa perlu berbelit2 nak cerita kat haikal...walaupun dia tak faham pada mulanya, tp lama kelamaan dia dah get used dgn term2 yg kadang2 adult pun tak tau...

Balik pada cerita td...tiap kali dia mula buat perangai, dia akan susah pegi taska...sampai kena angkat rotan...bila dah sampai kat taska, dia berkeras taknak masuk...kadang2 sampai setengah jam kami kat luar taska...nak marah salah, tak marah pun salah...last2 pengasuhnya terpaksa peluk haikal dan kami cepat2 lari pergi keja...hmmmm...kalau haikal tuh umur 2 tahun takpa la...ni dah nak masuk 5 tahun...penat woo kalau hari2 cm tuh...

Jadi, seperti biasa, kami akan cabut kabel astro...kami pasang dgn kabel arial biasa...jd bila haikal blk rumah nak tgk tv, semua rancangan astro dah tak ada...mula2 mmg dia akan buat perangai kejap...tp bila kami ingatkan fungsi satelit dan piringnya sbg pemancar, dia mula diam...dia mula risau...dia mula teringat rupa bentuk piring astro...kami ckp yg astro dah nampak dia punya perangai...haikal pun akan tanya "mama,abah, astro dah nampak ke perangai haikal?"...dia fikir sbb astro tuh mcm satelit, jadi mestilah nampak semua kan...hmmm...bagus jugak pemikiran haikal...tak terfikir lak ke situ...

Jadi, kami pun jadi 'nasi tambah la'...kami ckp lagi, astro tak suka pada budak2 yg tak pergi sekolah...sbb astro byk program education...astro suka pada budak yg rajin pergi sekolah...jadi, for the sake of piring astro, haikal akan mula berubah..jadi budak yg sgt 'behave'...gi taska pun tak payah paksa...kalau kami dah nampak 'bunga2' perangai dia, kami just tunjuk ke atas je...dan dia akan faham...dan haikal mmg mnjaga kelakuannya sepanjang minggu dan kdg2 sepanjang bulan tu...dan selalunya kami akan tunggu 4-5 hari, baru kami pasang balik kabel astro tuh...itupun kalau dia betul2 'behave'...dan spanjang 4-5 hari tu la kami pun sama2 tak tgk tv...kat area umah kami ni, kalau tak pasang astro, rancangan tv yg clear cuma tv1&2...tv3 kabur2...tv lain langsung tak ada...huhuuhuhu...

Kadang2 aku terfikir...betul ke apa yg aku dan hubby aku buat? risau juga kalau salah approach...yelaa...org takde pengalaman...anak2 makin besar...makin byk pulak peel nya...hmmm...kadang2 pening, dah guna approach yg paling lembut pun mcm tak jadi...kdg2 jadi garang pun, lagi teruk peelnya...pendek kata, kami nih masih dlm proses mengenal pasti approach yg terbaik laaa...harap2 Tuhan sentiasa guide kami utk jadi ibu dan ayah sebaik yg mungkin...kami percaya, walau apa jua perangai anak2 yg Tuhan letak, pasti ada hikmah, ada pengajaran, ada sebabnya...sama ada utk memuji atau menguji, 2-2nya kami terima dgn hati yg terbuka...Insyaallah...