Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya…
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Atau pun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya…
-Lirik lagu Sungai Lui Aizat
Suka sgt nyanyikan dan dengarkan lagu ni utk Qisya…Mcm kena dgn mood utk tidur…Boleh dijadikan lagu dodoi versi moden selain zikir dan selawat…Penuh dgn makna tersurat dan tersirat…Disampaikan dlm melodi yg indah dan lirik yg simple…Dan sgt mudah difahami… Sebagaimana lirik lagu tu, seperti tu jugakla perasaan aku pada perjalanan hidup aku…
Harapan bukan hanya pada qisya, juga pada haikal dan aiman…Moga mereka sentiasa berada pada jalan yg sebetulnya…andai diuji dan diduga, percayalah, ada jalan untuk kembali…andai sempurna jalan kehidupan,jangan sesekali alpa dan riak dgn nikmat sementara… mudah-mudahan mereka sentiasa yakin dan percaya pada takdir yg telah ditentukan utk hidup mereka walau baik atau buruk… kerana segala-galanya telah tertulis dengan sempurna oleh Tuhan empunya alam…Allah s.w.t….