Wednesday, April 6, 2011

Dodoi Qisya Dodoi

Photo0282 

Pejamkan matamu untukku

Dengarlah dunia berkata-kata

Usah kau ragu di sini tempatmu

Walau berubah di mata kita tetap indah

Selagi kau masih percaya…

 

Ketawa kecewa terpisah

Jalan yang lurus kian berhalang

Adakah semua ini yang ku inginkan

Atau pun hanya mengejar dunia semata-mata

Ku harap ku masih percaya…

-Lirik lagu Sungai Lui Aizat

 

Suka sgt nyanyikan dan dengarkan lagu ni utk Qisya…Mcm kena dgn mood utk tidur…Boleh dijadikan lagu dodoi versi moden selain zikir dan selawat…Penuh dgn makna tersurat dan tersirat…Disampaikan dlm melodi yg indah dan lirik yg simple…Dan sgt mudah difahami… Sebagaimana lirik lagu tu, seperti tu jugakla perasaan aku pada perjalanan hidup aku…

Harapan bukan hanya pada qisya, juga pada haikal dan aiman…Moga mereka sentiasa berada pada jalan yg sebetulnya…andai diuji dan diduga, percayalah, ada jalan untuk kembali…andai sempurna jalan kehidupan,jangan sesekali alpa dan riak dgn nikmat sementara… mudah-mudahan mereka sentiasa yakin dan percaya pada takdir yg telah ditentukan utk hidup mereka walau baik atau buruk… kerana segala-galanya telah tertulis dengan sempurna oleh Tuhan empunya alam…Allah s.w.t….

Tuesday, April 5, 2011

Bacaan Untuk Minggu Ini

Photo0231

I’m so excited…Just received this book…Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya…Boleh didapati secara online di fabulousmom.com…Eh, tetiba pulak jadi book review kat sini…heheheh…

Puas jugak dok carik info pasal breastfeeding kat internet…byk maklumat yg dpt…ada jugak dok tanya kawan2 yg succeed…tp nak jugak buku yg hardcover…boleh buat koleksi…

Really2 hope this time berjaya utk breastfeeding…risau jugak kalau2 tak tercapai…tp takpa…yg penting berusaha dulu…saki baki cuti yg tinggal kena pulun la simpan stok susu utk qisya…hurmmm…penat, tp berbaloi…qisya pulak dah ajar dia sekali sekala guna botol susu…risau jugak takut dia ada conflict nanti…tp alhamdulillah…semuanya berjalan lancar setakat ni…

nasib baik nanti yg jaga qisya, diana – my best friend and best supporter for breastfeed ever…dia antara yg berjaya…so quite easy for me to gain knowledge and tips for sure…

Monday, April 4, 2011

I’m Back!

Dah lama tak jumpa…rindu pulak nak bercerita…Rasa mcm dah lama berehat…Alhamdulillah, dah betul2 sihat dan dah selesai berpantang anak ke 3…Mencabar betul hidup kali ni…Tuning life ke  mode baru…Rasa mcm tak ada masa langsung utk diri sendiri…tp so far dah makin terbiasa…Tahun ni tugas sbg ibu makin mencabar…Macam manalah ibu2 zaman dulu mampu beranak ramai dan menguruskan rumahtangga dgn tekun dan sabar ek? Aku, tekun tuh boleh, tp sabar tu kdg2 mcm menipis je…huhuhuu…specially dgn karenah haikal dan aiman yg makin membesar dan lasak…yelah…kan lelaki…kalau tak lasak lain pulak ceritanya…Haikal sometime ok, well behave, tp sometime sgt2 menguji keimanan dan kesabaran aku sbg ibu…bukan apa…masih lagi manja dan mengada2…terlalu nakkan perhatian…dan juga cemburu secara terang2an…Aiman seperti biasa, he’s always tak kisah…tp aku tau, deep doen inside him, aiman sebenarnya kisah dgn kehadiran adiknya qisya…cuma dia maintain cool…perubahan ketara aiman, dia cepat merajuk bila kena marah…dan kuat menangis dan kuat mengigau bila tidur mlm…kesian jugak kat aiman ni…Qisya Humaira pulak dah makin dpt menyesuaikan diri dgn keadaan sekeliling…dgn usia 54 hari, perkembangannya normal mengikut apa yg sepatutnya dicapai bayi seusianya…Dan yg paling penting dia masih lagi menyusu badan sepenuhnya…Alhamdulillah…Baru kali ni aku rasa mampu utk menyusu badan sepenuhnya…masa haikal dulu 2nd day dah start campur susu, masa aiman pulak hari ke 19 campur susu sbb susu kering…lagi pun masa tuh kurang info dan ilmu pasal breastfeed nih…harap2 utk qisya humaira aku mampu utk meyusu selama mana yang termampu…Insyaallah…

Photo0134

Thursday, January 27, 2011

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak
lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)